Rabu, 10 Oktober 2012

Nantikan Pembukaan Ar-Rahnu Bersebelahan Pejabat Koperasi

Selasa, 2 Oktober 2012

Kursus Jahitan Manik Dan Labuci



Khamis, 13 September 2012

Kursus Pendidikan Anggota

Untuk makluman semua, Kursus Pendidikan Anggota akan diadakan di Hotel Grand Continental, Langkawi, Kedah pada 15 hingga 16 September 2012. Semua peserta akan berkumpul di perkarangan koperasi pada 14 September 2012 jam 11.30 malam untuk menaiki bas yang telah disediakan. Pihak koperasi mengucapkan Selamat berkursus dan semoga selamat sampai ke destinasi kepada semua urusetia kursus dan peserta kursus. Sekian.


Selasa, 28 Ogos 2012

Program Pelancongan ke Vietnam

Dimaklumkan bahawa Program Pelancongan Ke Vietnam yang dijangka pada 15-18 September 2012 ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sehubungan dengan itu kami pihak koperasi memohon maaf diatas penangguhan program ini. Harap maklum.


Ahad, 19 Februari 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-85

Sekiranya tiada apa-apa halangan, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi akan diadakan seperti ketetapan berikut : -
  • Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)
  • Tempat : SRK King Edward VII Taiping (pagi) / Dewan Majlis Perbandaran Taiping (petang)
Untuk makluman anggota (terutamanya anggota baru), proses pengundian bagi calon Anggota Lembaga akan diadakan di SRK King Edward VII (pagi), manakala Mesyuarat Agung akan diadakan di sebelah petang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping .


Laman Utama