Latar Belakang Koperasi

  • Ditubuhkan pada awal tahun 1922 dan didaftarkan oleh Pendaftar, Syarikat-Syarikat Bekerjasama Negeri Melayu Bersekutu kawasan Jajahan Larut, Matang dan Selama, Encik Robert Boyd. Dahulu dikenali dengan nama "The Goverment Servant Co-operative Thrift & Loan Society Ltd"
  • Wujud untuk melepaskan diri dari belenggu Pinjaman Ceti.
  • Lokasi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad terletak di Daerah Larut Matang Dan Selama beralamat di Wisma Koperasi 2, No. 91 & 93, Jalan Taman Kamunting Maju, Medan Saujana, 34600, Kamunting, Perak, Peti Surat 13, 34007, Taiping.
  • Keanggotaan Koperasi ini adalah di kalangan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang dahulunya kerajaan dan anggota yang telah bersara tetapi ingin meneruskan keanggotaan mereka.
  • Keanggotaan awal penubuhan adalah lebih kurang 100 orang pada tahun 1922 dan sekarang (2015) telah meningkat kepada 4,800 orang anggota.
  • AGENSI INSURAN - SUNLIFE (M) INSURANCE BERHAD, MCIS ZURICH INSURANS BERHAD dan SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA.

Piagam Koperasi

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad (KPKTB) menyedari bahawa persaingan amat ketara dalam perniagaan masa kini daripada institusi kewangan. Oleh itu ciri-ciri berikut diamalkan :-

  • Anggota diutamakan dan diberi layanan saksama mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  • Kebajikan dan maklumat anggota dijamin terkawal setiap masa.
  • Keperluan anggota diteliti dan dilayan dengan mesra secepat mungkin

Visi

Mencapai tahap sebagai salah sebuah Koperasi antara 50 koperasi yang terbaik di peringkat Kebangsaan menjelang tahun 2020.

Misi

Sentiasa berinisiatif dalam meningkatkan kadar keuntungan Koperasi ke peringkat semaksima mungkin di samping sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya, Koperasi juga sentiasa berusaha menambah ahli semaksima mungkin.

Tanggungjawab Sosial

  • DERMASISWA - Diberi kepada anak-anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan (UPSR / PT3 / TINGKATAN 6 / MATRIKULASI / FOUNDATION / DIPLOMA / IJAZAH / SARJANA).
  • FAEDAH PERSARAAN - Bayaran insentif persaraan RM 60.00 setahun mengikut tempoh keanggotaan.
  • KHAIRAT KEMATIAN - RM 2,000.00 dibayar kepada waris apabila berlaku kematian di kalangan anggota koperasi setelah semua dokumen yang berkenaan lengkap diterima.
  • INSURANS BERKELOMPOK - Kemudahan Faedah Persaraan, Tuntutan Serahan Tunai, Faedah Hospital, Lumpuh dan Kematian.
  • PENDIDIKAN ANGGOTA - Memberi peluang lawatan sambil belajar kepada semua anggota koperasi.
  • ELAUN TAJAAN ANGGOTA BARU - Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang anggota setelah potongan Angkasa dibuat.
  • ANUGERAH ANGGOTA SETIA - diberikan kepada anggota yang telah menjadi ahli selama 40 dan 50 tahun.


Laman Utama