Perkhidmatan Pinjaman

1. Menawarkan Pembiayaan :-

  • Peribadi sehingga RM 100,000.00 (Tanpa Penjamin) - Tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Peribadi Kedua sehingga RM 50,000.00 (Penjamin).
  • Pengguna sehingga RM 20,000.00 (Penjamin).
  • Kecemasan sehingga RM 15,000.00 (Penjamin).
  • Cukai Jalan/Insurans sehingga RM 2,000.00 (Penjamin).
  • 90% dari simpanan Yuran (Tanpa Penjamin).
dengan keuntungan serendah 3.5%, tertakluk kepada terma dan syarat.

2. Pembiayaan-pembiayaan akan diproses dengan kadar segera tertakluk kepada terma dan syarat.

3. Anggota berpeluang mengikuti Kursus Pendidikan anjuran Koperasi.

4. Dermasiswa untuk anak anggota yang cemerlang dalam UPSR, PT3 dan anak Anggota yang melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah/Sarjana.

5. Perlindungan Insurans Kelompok serendah RM 10.00.

6. Saguhati persaraan RM 60.00 setahun.

7. Khairat Kematian anggota RM 2,000.00.

8. Elaun Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.

9. Anugerah Anggota Setia.

10. Saguhati Penajaan Anggota Baru.

GARIS PANDUAN MENERIMA BORANG DI KAUNTER

1. Borang pembiyaan biasa (warna pink dan biru) RM 100,000.00

  • Mesti ada slip gaji TIGA BULAN TERKINI DI SAHKAN MAJIKAN.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Surat opsyen persaraan 58 atau 60 (jika belum hantar).
  • Hanya memerlukan seorang saksi sahaja (saksi mesti ahli koperasi).


2. Borang pembiyaan kecemasan (warna kuning dan hijau) RM 15,000.00

  • Mesti ada slip gaji TIGA BULAN TERKINI DI SAHKAN MAJIKAN.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Surat opsyen persaraan 58 atau 60 (jika belum hantar).
  • Hanya memerlukan dua orang penjamin sahaja (penjamin mesti ahli koperasi).


3. Borang pembiyaan pengguna (coop-shope) (warna putih dan hijau RM 20,000.00

  • Mesti ada slip gaji TIGA BULAN TERKINI DI SAHKAN MAJIKAN.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Surat opsyen persaraan 58 atau 60 (jika belum hantar).
  • Hanya memerlukan dua seorang saksi sahaja (saksi mesti ahli koperasi).


4. Borang dermasiswa IPTA DIPLOMA, MATRIKULASI, FOUNDATION (RM 150) DAN IJAZAH (RM 200) SAHAJA

  • Sertakan salinan surat tawaran.
  • Salinan keputusan peperiksaan.
  • Salinan slip bank pembayaran yuran yang telah disahkan.
  • ATAU
  • Dapatkan cop pengesahan pendaftar di universiti pada bahagian bawah borang.


5. Borang saguhati untuk UPSR (RM 50) dan PMR (RM 70)

  • Sertakan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan oleh pengetua sekolah


6. Borang bantuan bencana alam (RM 200)

  • Sertakan laporan polis.


7. Borang tuntutan claim insurans mcis 0504 masuk wad

  • Sertakan salinan discharge note.
  • Satu malam RM 10 sahaja


8. Borang tuntutan claim insurans CIMB aviva 0501 masuk wad

  • Sertakan salinan discharge note.
  • Satu malam RM 30 sahaja


9. Borang pengeluaran yuran 80% untuk perumahan, tanah, pendidikan dan perubatan (warna kuning)

  • Mesti sertakan salinan surat perjanjian.
  • ATAU
  • Salinan geran tanah
  • Setiap permohonan akan dimasukkan dalam mesyuarat.

    Laman Utama